CELLFOOD®

Cecair Untuk Kehidupan

Cellfood content

{tab Pengenalan}

Apakah itu CELLFOOD®?
CELLFOOD® adalah suplemen berasaskan oksigen & nutrisi no 1 di dunia yang terlaris dijual oleh lebih daripada 90 buah negara sejak 1969! CELLFOOD® terdiri daripada formula proprietari berkepekatan dan bertenaga tinggi yang mengandungi 78 jenis ionik / koloid mineral & unsur surih, 34 jenis enzim dan 17 jenis asid amino yang berasal daripada tumbuhan dan juga elektrolit. Ia juga menggunakan “Teknologi Pemisahan Air” hasil ciptaan Dr. Everett Storey yang unik. Gabungan teknologi ini dapat meningkatkan kandungan oksigen dan hidrogen disamping membekalkan sehingga 129 nutrisi yang lebih mudah diserap oleh sel badan.

Cellfood certified logos

Muat turun Informasi untuk CELLFOOD® 

Muat turun Risalah CELLFOOD® 

{tab Fungsi}

  • Antioksidan dan anti-penuaan
  • Menghapuskan radikal bebas
  • Mengimbangi pH badan
  • Membantu menyahtoksik badan
  • Membantu menyelaraskan metabolisme badan
  • Mempertingkatkan penyerapan nutrisi
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan
  • Memperkuat fungsi sel
  • Mempercepatkan penyembuhan luka


Teknologi Pemisahan Air
Cellfood technology BM


Kenapa memilih CELLFOOD®?

  • Suplemen Oksigen dan Nutrisi No.1 terlaris di dunia
  • Dihasilkan dengan menggunakan Teknologi Pemisahan Air daripada Dr. Everette L. Storey
  • Formula proprietari berkepekatan tinggi yang pertama di dunia – dirumus khas untuk sel-sel badan manusia melalui teknologi canggih
  • 129 nutrisi yang lebih mudah diserap oleh sel badan
  • Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, anti-penuaan & suplemen meningkatkan tenaga


Pengiktirafan antarabangsa, Persijilan dan Anugerah:

  • Menerima “Advanced Technology Award” daripada International Hall of Fame pada tahun 1997
  • Perakuan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA)
  • Menerima anugerah Mohor Emas NAPCC untuk produk cemerlang dalam membantu pesakit kanser
  • Insuran liabiliti bernilai USD 5,000,000
  • CELLFOOD® mendapat pensijilan halal daripada Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) – diperbaharui setiap tahun
  • Proses pengeluaran mematuhi piawaian ketat cGMP

{tab Ramuan Aktif}

  • 78 jenis ionik/koloid mineral dan unsur surih
  • 34 jenis enzim
  • 17 jenis asid amino
  • Super elektrolit

{tab Cara Penggunaan}
(30ml x 1 botol)
Masukkan 8 titis ke dalam 250ml air minuman atau jus, ambil 3 kali sehari. Goncang sebelum digunakan. Simpan pada suhu bilik.

{tab S&J}

1. Apakah itu CELLFOOD®?

 CELLFOOD® adalah formula proprietari berkepekatan dan bertenaga tinggi yang mengandungi 78 jenis ionik / koloid mineral & unsur surih (44 jenis daripada Laut Selatan bersih yang mengelilingi New Zealand, dan 34 jenis tumbuhan fosil yang berasal daripada sumber tanah semulajadi), 34 jenis enzim dan 17 jenis asid amino yang berasal daripada tumbuhan. CELLFOOD® juga menggunakan “teknologi pemisahan air ” ciptaan Dr. Everette L. Storey. Teknologi ini meningkatkan kandungan oksigen dan hidrogen disamping membekalkan sehingga 129 nutrisi yang lebih mudah diserap oleh sel badan.

2. Bagaimanakah CELLFOOD® berfungsi dalam badan kita?

 Langkah pertama untuk menjaga kesihatan adalah dengan membekalkan oksigen yang secukupnya kepada badan kita. Oksigen membantu meningkatkan tenaga badan, membina semula tisu-tisu yang tercedera dan menyingkirkan sel-sel yang sudah mati secara selamat dan berkesan. Keadaan ini juga dikenali sebagai mekanisme katabolisme dan proses pengoksidaan. Jika sel-sel badan kekurangan oksigen dan nutrisi yang secukupnya untuk menjalankan proses penyingkiran bahan buangan daripada badan, ia menyebabkan bendalir dan darah menjadi bertoksin. Memandangkan alam sekitar masa kini sudah tercemar dengan bahan bertoksin, justeru CELLFOOD® memberi manfaat kepada sesiapa sahaja dengan membantu meningkatkan proses pengoksidaan sel-sel badan. CELLFOOD® juga mempunyai kelebihan untuk meningkatkan bekalan oksigen kepada badan secara mudah dan berkesan.

3. Apakah CELLFOOD® mengandungi oksigen? Bagaimanakah ia berfungsi?

 CELLFOOD® dapat menghasilkan oksigen melalui proses “pemisahan” molekul air. Apabila CELLFOOD® berkepekatan tinggi dilarutkan dalam air, oksigen akan dihasilkan dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, CELLFOOD® pada keadaan asalnya tidak mengandungi oksigen yang begitu banyak.

CELLFOOD® membolehkan penghasilan oksigen nasen dengan cara memisahkan molekul air kepada atom oksigen nasen dan hidrogen nasen dengan menggunakan “teknologi pemisahan air” yang unik. Nasen bermaksud baru dilahirkan; dalam istilah biokimia, satu atom oksigen bercas negatif (O-) yang baru dilahirkan. Radikal bebas (kebanyakan pakar biokimia berpendapat, ia adalah punca utama penuaan dan penyakit kronik) merupakan atom oksigen bercas positif (O+). Atom oksigen nasen (O-) akan tertarik kepada atom oksigen bercas positif (O+) untuk membentuk molekul oksigen tulen (O2) diperingkat sel apabila ia diperlukan.

4. Adakah CELLFOOD® mudah diserap oleh badan?

 Nutrisi CELLFOOD® dalam bentuk koloid dan ionik. Zarah koloid adalah sangat kecil (berdiameter 4-7 nanometer). Justeru, ia dapat meningkatkan keupayaan setiap sel untuk menyerap nutrisi yang diperlukan. Oleh kerana kebanyakan bendalir badan dalam bentuk koloid dan bercas negatif, badan dapat menerima CELLFOOD® sebagai bendalir badan sihat yang normal. Oleh yang demikian, membolehkan nutrisi CELLFOOD® melepasi membran sensitif pada mulut, tekak dan juga esofagus dengan kadar yang segera, seterusnya masuk ke dalam aliran darah untuk disalurkan kepada setiap sel badan dalam masa hanya 30 saat hingga 3 minit. CELLFOOD® menyediakan satu sistem penghantaran nutrisi yang amat menakjubkan disamping meningkatkan kadar penyerapan nutrisi oleh sel.

5. Bagaimanakah CELLFOOD® berbeza daripada produk oksigen yang lain?

 Banyak produk-produk oksigen lain cenderung untuk membekalkan badan kita dengan oksigen secara berlebihan, yang selalunya menghasilkan radikal bebas oksigen yang berbahaya. “Pembebasan spesis oksigen yang reaktif akan menyebabkan kecederaan oksidatif kepada sistem biologi seperti lipid yang ada dalam sel membran, protein dalam saluran darah dan tisu miokardio” (Profesor Ashim Ghatak dan Mahesh Chandra: Perubatan Komplementari, m/s. 13, vol. 4, no. 1, 1998). CELLFOOD® menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dan membekalkan badan dengan molekul oksigen tulen yang boleh dibebaskan terus kepada sel apabila diperlukan.

6. Adakah CELLFOOD® selamat untuk dimakan?

 CELLFOOD® dihasilkan melalui kawalan kualiti dan pengilangan yang ketat. Ia juga mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh FDA Amerika Syarikat dan Califonia serta mematuhi piawaian pengilangan GMP. Produk ini juga menjalani ujian makmal dibawah kendalian FDA Amerika Syarikat dan lain-lain badan antarabangsa yang disahkan. Ia adalah selamat dan berkualiti tinggi.

7. Adakah CELLFOOD® dikelaskan sebagai ubat?

 Tidak, CELLFOOD® bukan sejenis ubat. CELLFOOD® diklasi¬kasikan sebagai nutrisi tambahan.

8. Bagaimanakah cara pengambilan CELLFOOD®?

 CELLFOOD® adalah cecair yang berkepekatan tinggi. Masukkan 8 titis ke dalam 250ml air minuman atau jus, tiga (3) kali sehari. Jika digunakan mengikut dos yang disarankan, sebotol boleh digunakan untuk sekurang-kurangnya 30 hari. Individu yang menunjukkan reaksi terhadap produk boleh memulakan dengan dos yang lebih rendah, dan kemudian secara beransur-ansur meningkat kepada dos pengambilan yang disarankan.

9. Bolehkah saya mengambil CELLFOOD® lebih daripada dos yang disarankan?

 Ya. CELLFOOD® adalah suplimen yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang menjalani ujian keselamatan yang ketat. Badan hanya menggunakan nutrisi yang diperlukan sahaja, dan selebihnya akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan.

10. Apakah yang berlaku jika saya tidak melihat kesannya?

 Kadangkala, seseorang itu tidak menyedari akan kesan yang dibawa oleh CELLFOOD® pada peringkat sel. Ramai pengguna CELLFOOD® yang pada mulanya mengatakan “tiada kesan” daripada pengambilan CELLFOOD®, kemudiannya selepas pemeriksaan fizikal melaporkan bahawa paras kolesterol dan tekanan darah telah turun pada tahap yang sihat dan normal. Tambahan pula, CELLFOOD® direka untuk meningkatkan frekuensi semua organ supaya menjadi lebih kuat dalam mengatasi sebarang masalah kesihatan yang berfrekuensi lebih rendah. Peningkatan sistem imun ini membantu badan menentang mikroorganisma yang boleh memudaratkan kesihatan.

11. Adakah saya ‘menipu’ jika menggunakan CELLFOOD® semasa pertandingan sukan?

 Tidak, CELLFOOD® dibuat daripada bahan-bahan semula jadi yang paling berkualiti. Ia tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang dikelaskan sebagai ‘bahan diharamkan’ yang dikeluarkan dan dikawal oleh mana-mana badan antarabangsa, profesional, dan persatuan atlet amatur.

12. Bagaimanakah sekiranya saya sedang mengambil suplemen lain atau ubat-ubatan?

 CELLFOOD® boleh digunakan bersama suplemen lain atau ubat-ubatan kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrisi lain seterusnya membolehkan badan menggunakannya dengan lebih berkesan. Ramai pengguna CELLFOOD® melaporkan bahawa selepas pengambilan CELLFOOD® secara berterusan untuk beberapa minggu atau beberapa bulan, telah mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan secara beransur-ansur. Bagi wanita mengandung atau individu yang sedang menjalani rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat daripada pengawai perubatan sebelum menggunakannya.
 Muat turun S&J untuk CELLFOOD® (PDF, 456KB)

{tab Video}Insaan CELLFOOD® -  Ucapan daripada presiden CELLFOOD®
https://youtu.be/MDTl8rq2xcs?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf

CELLFOOD®  DEMO Mentol Lampu
https://youtu.be/1iOIqG-KDik?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf

CELLFOOD® DEMO Antioksidan
https://youtu.be/anEJSv71KvY?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf

{/tabs}