ColumbusAire

Sistem Penapisan Gred Perubatan

COLUMBUSAIRE content

{tab Pengenalan}

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), udara dalaman kita adalah 2-5 kali lebih toksik daripada udara luar kita, dan dalam beberapa kes, analisis udara dalaman adalah didapati 100 kali lebih tercemar. Persekitaran dalaman dengan plastik, permaidani, perabot, bau masakan, haiwan bulu dan lain-lain mungkin mengandungi bahan pencemar dan toksin yang berbahaya akan menyebar ke udara dari semasa ke semasa. Kebanyakan kita menghabiskan 90% masa berada dalam persekitaran dalaman, jadi kita sentiasa terdedah kepada bahan pencemar bawaan udara yang berbahaya dalam jangka masa yang agak panjang dan akan menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, penapis udara boleh membantu kita untuk menyingkirkan pencemar udara dan meningkatkan kualiti udara dalaman.


Apakah ColumbusAire air purifier?

ColumbusAire adalah sistem penapisan udara gred perubatan yang paling canggih di dunia. Ia mempunyai 5 keunikan utama:

  • Prestasi ultra-tinggi dengan 7-peringkat penapisan udara
  • Teknologi DFS yang dipatenkan
  • Disenaraikan sebagai peranti perubatan kelas II oleh FDA
  • 40X lebih berkesan daripada penapis biasa HEPA
  • 99% menyingkirkan virus, bakteria, habuk, debunga, hama debu, gas kimia dan VOCs bawaan udara


ColumbusAire certified logos


Muat turun Informasi untuk ColumbusAire

Muat turun Risalah ColumbusAire

{tab Fungsi}

7-peringkat Penapisan Udara
ColumbusAire 7 stages filtration BM

Apakah teknologi Disinfecting Filtration System (DFS)?
DFS iaitu Disinfecting Filtration System adalah teknologi yang DIPATENKAN yang digunakan dalam sistem penapisan udara ColumbusAire. DFS menggunakan ionisasi/tenaga yang tinggi untuk memerangkap mikroorganisma untuk pendedahan pembasmian, mencapai 99.99% kecekapan dalam penangkapan partikel pada saiz 0.007 mikron, tidak hanya menangkap malah membasmi 99.99% kulat, bakteria dan virus! Ini menjadikan ColumbusAire sebagai sistem penapisan udara yang paling berkesan di dunia!

{tab Ciri-ciri Produk}

  • Bacaan analisis partikel “0”
  • 3 mod pilihan
  • Kawasan liputan yang luas
  • 24 jam penggunaan berterusan
  • Penggunaan tenaga yang rendah
  • Tahap bunyi yang rendah
  • Pengendalian yang mudah
  • Penyelenggaraan yang mudah

{tab Spesifikasi Produk}

Model ColumbusAire
Dimensi (PxLxT) 330 x 222 x 508mm
Berat 8kg
Kawasan Liputan 500 kaki persegi
Darjah Kemasukan Udara 180°
Penggunaan Tenaga 35-65Watt
Tahap Bunyi 40-60dB
Voltan/Frekuensi 220V/50Hz
Teknologi Disinfecting Filtration System (DFS)
FDA Kelas 2 Peranti Perubatan Ya

{tab S&J}

1. Mengapakah saya memerlukan penapis udara?

Kita sentiasa mengaitkan pencemaran udara dengan udara luar sahaja, namun berdasarkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), udara dalaman adalah 2-5 kali lebih tercemar daripada udara luar, dan dalam beberapa kes, analisis udara dalaman adalah didapati 100 kali lebih tercemar. Memandangkan kita menghabiskan 90% masa berada dalam persekitaran dalaman, jadi kita sentiasa terdedah kepada bahan pencemar dalam jangka masa yang agak panjang dan akan menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, penapis udara boleh membantu kita untuk menyingkirkan pencemar udara dan meningkatkan kualiti udara dalaman.

2. Apakah kandungan yang terdapat di dalam udara?

Terdapat 3 kelas pencemar udara yang disenaraikan oleh EPA: 

i. Partikel: Hama debu, najis hama, bulu haiwan peliharaan, debunga, rambut, habuk dll 
ii. Gas kimia dan pencemar udara: Cat minyak, pelarut cat, bau masakan, asap rokok, produk pembersih, penyembur udara, perabot, racun rumpai dll 
iii. Mikroorganisma: Kulat, bakteria, virus dll

3. Adakah semua penapis udara mampu membersih pencemar udara yang sama?

Kebanyakan orang menggunakan penapis udara untuk pelbagai kegunaan, dari segi pembersihan udara asas sehingga untuk menyingkirkan bahan alergi dan sebagainya. Malangnya, bukan semua jenis penapis udara dapat menyingkirkan segala pencemar udara. Namun demikian, DFS yang digunakan dalam ColumbusAire disahkan dapat mencapai 99.99% pada saiz 0.007 mikron, dapat menyingkirkan 3 kelas pencemar udara tersebut, menghasilkan udara yang bebas daripada pencemaran. Anda boleh merujuk kepada carta berikut bagi perbandingan teknologi DFS dengan teknologi lain:

Teknologi penapisan Partikel VOCs dan bau Mikroorganisma
HEPA X X
Cahaya UV X Mungkin
Ioniser X Mungkin
Elektrostatik Mungkin X
Ozone X
Teknologi DFS

4. Adakah ColumbusAire berkesan menyingkirkan segala partikel bawaan udara?

ColumbusAire menggunakan teknologi DFS yang dipatenkan dan merupakan sistem penapisan udara gred perubatan yang paling canggih di dunia. ColumbusAire bertujuan membekalkan udara dalaman yang terbersih dengan mencapai 99.99% kecekapan dalam penangkapan partikel pada saiz 0.007 mikron, tidak hanya menangkap malah membasmi 99.99% virus, bakteria dan kulat.

5. Bagaimanakah ColumbusAire berlainan daripada penapis udara lain di pasaran?

  • Prestasi ultra-tinggi dengan 7-peringkat penapisan udara
  • Teknologi Disinfecting Filtration System (DFS) yang dipatenkan
  • Disenaraikan sebagai peranti perubatan kelas II oleh FDA
  • 40 kali lebih berkesan daripada penapis biasa HEPA
  • 99.99% menyingkirkan virus, bakteria, habuk, debunga, hama debu, gas kimia dan VOC bawaan udara

6. ColumbusAire disenaraikan sebagai peranti perubatan kelas II oleh FDA. Apakah maksud ini?

Peranti perubatan merupakan instrumen, peralatan, implan atau benda yang berkaitan dan digunakan untuk mendiagnosis, mencegah atau merawat penyakit atau keadaan lain, dan bukan setakat mencapai tujuannya melalui reaksi kimia dalam badan (ia akan dikategorikan sebagai ubat-ubatan). 

Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) mengklasifikasikan peranti perubatan berdasarkan risiko dan diklasifikasikan kepada tiga kategori: Kelas I adalah berisiko rendah, Kelas II berisiko tinggi dan Kelas III berisiko paling tinggi. ColumbusAire disenaraikan sebagai peranti perubatan Kelas II. 

FDA mempunyai autoriti untuk mengawal selia kesemua peranti perubatan sebelum dan selepas dikeluarkan ke pasaran. Jadi, ColumbusAire adalah produk yang dikawal selia dan jamin selamat digunakan.

7. Apakah teknologi DFS dan bagaimanakah ianya berfungsi?

DFS iaitu Disinfecting Filtration System adalah teknologi yang dipatenkan yang digunakan dalam sistem penapisan udara ColumbusAire. DFS menggunakan ionisasi/tenaga yang tinggi untuk memerangkap mikroorganisma untuk pendedahan pembasmian, berkesan untuk menghapuskan mikroorganisma udara yang paling kecil dan berbahaya, menjadikannya sistem penapisan udara yang paling canggih di dunia. Ia berbeza daripada penapis udara yang lain, di mana ColumbusAire dapat mencegah pembiakan bio-partikel dalam sistem penapis. Teknologi DFS adalah 40 kali lebih berkesan daripada HEPA yang kebiasaannya hanya pada 0.3 mikron sahaja, manakala DFS dapat mencapai sehingga 99.99% penangkapan bahan pencemaran bersaiz 0.007 mikron seperti kulat, bakteria dan virus. Ini menjadikan ColumbusAire sebagai sistem penapisan udara yang paling berkesan kini di pasaran.

8. Bagaimanakah ColumbusAire menapis udara?

ColumbusAire mengaplikasi dengan 7-peringkat penapisan. Pada mulanya, udara akan disedut melalui penapis hadapan dan kemudiannya beralir ke penapis utama di atas. 5-peringkat penapis hadapan terdiri daripada 5 lapisan bahan berkecekapan tinggi yang berbeza, ia dapat menyingkirkan partikel besar seperti habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, dan juga gas toksik terutamanya sebatian organik meruap (VOCs), bau dari udara. Di samping itu, penapis utama (EMF) bercombinasi dengan teknologi DFS, 99.99% berkesan menangkap dan membasmi virus, bakteria dan kulat pada saiz 0.007 mikron, menghasilkan udara bersih yang bebas daripada pencemaran.

Peringkat Penapis Fungsi Jenis pencemar yang mampu disingkirkan
1. Penapis Hadapan
Peringkat-1 Polyester Mesh Pengumpul partikel besar  Debu, debunga, rambut, bulu haiwan peliharaan, hama debu dll
Peringkat-2 Karbon Aktif Pellet  Menghilangkan bau asap dan bau aneh   Bau masakan, asap rokok, bau petrol dll 
Peringkat-3 Zeolite Pellet Menghilangkan bau busuk dan gas kimia  Bau haiwan peliharaan, air kencing (ammonia), bahan pembersih (klorin) dll 
Peringkat-4 Potassium Permanganate Menghilangkan gas kimia yang toksik dan VOCs Asap kimia, bau cat minyak (toluene), pengilat kuku (formaldehyde), racun serangga (fenol) dll 
Peringkat-5 Polyester Mesh Pengumpul partikel besar  Debu, debunga, rambut, bulu haiwan peliharaan, hama debu dll
2. Penapis Utama 
Peringkat-6 Penapis Media yang Dipertingkatkan (EMF) Menyingkirkan partikel halus dan ultra-halus Virus, bakteria, kulat, dll
Peringkat-7 Teknologi Disinfecting Filtration System (DFS) Membasmi sehingga 99.99% mikroorganisma bawaan udara

9. Mengapakah penapis bentuk pellet digunakan dan bukannya penapis biasa yang dalam bentuk berlipatan untuk penyingkiran bau (dalam peringkat 2-4 penapis hadapan)?

Penapis bentuk pellet mempunyai kawasan permukaan yang lebih besar bagi bersentuh dengan udara, oleh itu penjerapan gas kimia, VOCs dan bau yang lebih baik berbanding dengan penapis bentuk berlipatan yang biasa. Penyingkiran bahan pencemar dan bau adalah lebih berkesan, cepat dan dalam kapasiti yang tinggi. Selain itu, pellet disusun dalam keadaan yang membolehkan aliran udara yang lancar tanpa menjejaskan prestasi tinggi ColumbusAire.

10. Penapis udara sesuai letak di mana?

Kita mengesyorkan letakkan ColumbusAire di bilik kawasan yang biasa anda berada dalam masa yang lebih panjang seperti bilik tidur, pejabat, ruang tamu atau kawasan permainan kanak-kanak dan sebagainya. Kawasan ColumbusAire dapat meliputi sehingga 500 kaki persegi (bilik kira-kira 20x25 kaki atau bilik 10x50 kaki). Oleh itu, ia boleh diletakkan di tengah-tengah bilik ataupun di sudut tepi tanpa perubahan dalam keberkesanannya. ColumbusAire juga digalakkan letak di dalam keadaan bilik tertutup di mana pintu dan tingkap ditutupkan untuk keberkesanan yang lebih baik. Memastikan ColumbusAire diletak di atas permukaan rata dan tiada objek (contohnya dinding, perabot) berada di kedua-dua belah saluran masuk udara dan di atas saluran keluar 'udara untuk memastikan aliran udara yang lancar. Elakkan mengoperasikan ColumbusAire di tempat berhampiran gas, wap atau bahan-bahan yang mudah terbakar. Elakkan meletak kabel elektik di bawah permaidani, berhampiran pemanas, mesin daftar, radiator, dapur atau tempat perapian. Jauhkan kabel elektrik dari kawasan laluan sibuk bagi mengelakkan daripada tersandung.

11. ColumbusAire perlu mengambil berapa lama masa untuk membersihkan udara bilik dan ia perlu dipasangkan berapa lama?

Masa yang diambil untuk membersihkan udara dalaman bergantung pada 3 faktor: saiz bilik, aliran udara dan tahap pencemaran udara. Pencemaran udara semakin teruk, masa untuk membersihkan udara bilik semakin panjang. Pada umumnya, ColumbusAire boleh membersihkan persekitaran dalaman sehingga 90% dalam 30 minit. Produk ini boleh dipasangkan secara berterusan 24 jam. Namun demikian, anda boleh menggunakannya bila-bila sesuka hati, semasa tidur atau hari siang.

12. Bagaimanakah menyelenggarakan penapis? Penapis perlu ditukar berapa kerap?

Setiap 1-3 bulan 
  1. Vakum penapis hadapan dan saluran masuk udara setiap bulan atau jika diperlukan.
Setiap 6-12 bulan 
  1. Vakum penapis hadapan dan saluran masuk udara setiap bulan atau jika diperlukan.
  2. Memeriksa semua bahagian penapis hadapan untuk sebarang kerosakan, gantikan penapis hadapan yang baru jika diperlukan.
Setiap 12-24 bulan 
  1. Vakum penapis hadapan dan saluran masuk udara setiap bulan atau jika diperlukan.
  2. Memeriksa semua bahagian penapis hadapan untuk sebarang kerosakan, gantikan penapis hadapan yang baru jika diperlukan.
  3. Gantikan penapis utama yang baru setiap 12-24 bulan atau apabila DFS indikator berkelip, bergantung kepada yang mana terlebih dahulu.

* Kekerapan penggantian penapis bergantung kepada keadaan udara dalaman/persekitaran dan kegunaan.

13. Bagaimanakah DFS indikator memberi isyarat?

DFS indikator bernyala  Penapis utama berfungsi secara normal.
DFS indikator berkelip Penapis utama perlu digantikan.
DFS indikator tidak bernyala  Telefon ColumbusAire perkhidmatan pelanggan untuk penyelesaian masalah.

 Muat turun S&J untuk ColumbusAire (PDF, 750KB)

{tab E-Warranti}

Pendaftaran E-Waranti

Pelanggan yang dihormati,

Terima kasih kerana memilih ColumbusAire! Sila daftarkan produk anda secara online dengan melengkapkan borang pendaftaran e-waranti dan hantarkan dalam masa 60 hari daripada tarikh pembelian. Anda boleh merujuk kepada Garis Panduan E-Waranti untuk maklumat lanjut.

Berita baik! ColumbusAire menawarkan 4 tahun waranti tambahan terhad secara percuma*!

Terima kasih!

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

{tab Video}Pengenalan Insaan ColumbusAire Video
https://youtu.be/719w4CJVso4?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf

Insaan ColumbusAire (short clip)
https://youtu.be/yfaAvgOczGg?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf

Demo Insaan ColumbusAire
https://youtu.be/wRVrsR8J4kQ?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf

{/tabs}