Health Series Products

Sama Koffe

Demi Masa Kita Bersama

sama

Adakah anda selalu merasa keletihan, susah untuk bangun daripada katil setiap pagi? Anda tidak keseorangan! Keletihan adalah biasa, 1 daripada 5 orang mengalaminya. Keletihan yang berpanjangan akan mengurangkan fokus dan menurunkan paras produktiviti kita.

Apakah yang lebih baik untuk memulakan hari anda selain daripada secawan kopi? SAMA KOFFE adalah perangsang tenaga yang ideal untuk anda kekal bertenaga. SAMA KOFFE, kopi pra-campuran premium 8-dalam-1 adalah campuran unik biji kopi Arabica dan Robusta yang beraroma, diperkaya dengan ekstrak semulajadi 3 jenis Tongkat Ali, Halia Hitam, garam buluh, stevia dan beberapa ramuan berharga lain. Campuran sempurna ini pasti memikat citarasa para pencinta kopi selain membekalkan tenaga serta khasiat semula jadi!

Nikmati kesempurnaan SAMA KOFFE pada bila-bila masa setiap hari! 

 

Muat turun Informasi untuk Sama Koffe

Silver Bullet

Pelindung Peribadi untuk Sel Badan

Silver Bullet content

Pakar-pakar perubatan mengesahkan bahawa kita semua mempunyai sel-sel yang rosak yang terjadi akibat daripada mutasi gen/DNA. Mujurlah badan kita mempunyai sistem pemulihan semulajadi yang dapat memulihkan sel-sel yang rosak atau menyingkirkan sel-sel tersebut melalui sistem imun sekiranya pemulihan tidak dapat dilakukan.

Namun, kecekapan sistem pemulihan sel dan sistem imun kita semakin merosot disebabkan oleh pengumpulan toksin dalam badan. Setiap hari, kita terdedah kepada toksin daripada udara, makanan, air dan tekanan. Malah, toksin yang paling utama adalah daripada sisa metabolisma badan dan toksin lain yang dihasilkan oleh badan sendiri.

Akibatnya, sel hilang perlindungan dan kerosakan menjadi semakin ketara. Tanda dan simptom penyakit akan mula menonjol dan akhirnya membawa kepada pelbagai penyakit termasuklah penyakit kanser.

Silver Bullet memberi perlindungan kepada sel!
Silver Bullet adalah satu super-campuran ekstrak daripada 6 jenis makanan semulajadi yang telah terbukti kaya dengan antioksidan yang berupaya melindungi sel dan mencegah kanser. Ia juga merupakan pendorong kesihatan yang dapat membantu kita untuk menjadi lebih aktif, bertenaga, dan sihat.

Muat turun Informasi untuk Silver Bullet

Gamat Asli

Keajaiban Dari Lautan

Gamat Asli content

Apa itu Gamat?
Gamat merupakan haiwan marin yang berbentuk timun memanjang dan telah dimanfaatkan oleh banyak generasi masyarakat. Ia dikenali sebagai “Gamat” kepada orang Melayu dan “Hai Shen” kepada orang Cina.

Gamat Asli Insaan
Gamat Asli Insaan merupakan ekstrak penuh dengan kepekatan ramuan aktif yang tinggi di dalamnya. Proses pengekstrakan dijalankan dengan menggunakan proses bioteknologi dan piawai yang ketat.

Gamat Asli Insaan yang terdapat dalam bentuk jeli ditambah dengan rasa buah kundur ini adalah suplemen kesihatan yang baik untuk seisi keluarga.

MAL07082934T
KKLIU no.: 2935/2020
Ini iklan produk tradisional.
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum.

Muat turun Informasi untuk Gamat Asli

Muat turun Risalah Gamat Asli

Muat turun Sijil Pengesahan HALAL Gamat Asli

GREENZ

Mengatasi Keunikan Sumber Alam

Greenz line 01

Kita sedia maklum bahawa makanan yang disaji akan dihadam dan diserap di usus kecil, seterusnya sisa-sisa makanan akan dibuang menerusi usus besar. Namun demikian, jarang di antara kita betul-betul memahami kemudaratan makanan berproses dan diet moden kini akan menyebabkan kemerosotan sistem penghadaman dan pengumpulan toksin dalam badan kita.

Greenz flow chart BM

Jika situasi seperti di atas tidak diperbetulkan, ianya akan mengganggu penyerapan nutrien dimana kita tidak berupaya mendapat zat daripada makanan kita. Di samping itu, kesihatan bahagian usus juga akan terjejas dan seterusnya membahayakan kesihatan kita.

 

Apakah itu GREENZ?
GREENZ merupakan fomulasi fiber yang unik bagi menyahtoksin usus kita. Ianya bukan saja mengandungi 20 jenis esen buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi juga mendapat probiotik, prebiotik dan ramuan lain yang bermanfaatkan usus kita. Dengan memberikan nutrien yang betul kepada usus, maka ia berupaya untuk memulihkan usus dengan lebih efektif.

Greenz certified logos

Muat turun Informasi untuk GREENZ