Gamat Asli
Apa itu Gamat?
Gamat merupakan haiwan marin yang berbentuk timun memanjang dan telah dimanfaatkan oleh banyak generasi masyarakat. Ia dikenali sebagai “Gamat” kepada orang Melayu dan “Hai Shen” kepada orang Cina.
Gamat Asli Insaan
Gamat Asli Insaan merupakan ekstrak penuh dengan kepekatan ramuan aktif yang tinggi di dalamnya. Proses pengekstrakan dijalankan dengan menggunakan proses bioteknologi dan piawai yang ketat.
Gamat Asli Insaan yang terdapat dalam bentuk jeli ditambah dengan rasa buah kundur ini adalah suplemen kesihatan yang baik untuk seisi keluarga.
MAL07082934T
KKLIU no.: 2935/2020
Ini iklan produk tradisional.
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum.
Setiap 1ml mengandungi Stichopus Variegatus 220mg
(500ml x 1 botol)
Minum 2 sudu besar (30 ml) 2 kali sehari sebelum makan. Goncang sebelum minum.
1. Bolehkah saya mengambil ubat bersama-sama dengan Gamat Asli?
Gamat Asli adalah 100% ekstrak semulajadi tanpa sebarang bahan kimia tambahan, jadi ia tidak menimbulkan kesan sampingan apabila ia diambil bersama-sama dengan ubat lain. Namun, anda dicadangkan mengambil Gamat Asli sekurang-kurangnya 30 minit - 1 jam sebelum makan ubat untuk memastikan keberkesanannya.2. Adakah Gamat Asli membawa sebarang kesan sampingan?
Gamat Asli adalah satu suplemen semulajadi, jadi ia tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan. Biasanya, “krisis penyembuhan” mungkin akan timbul buat sementara selepas seseorang mengambil suplemen. Reaksi badan yang dialami semasa pemulihan sel-sel adalah berbeza di antara individu. Namun demikian, badan akan menjadi sihat selepas itu.
3. Bolehkah wanita mengandung mengambil Gamat Asli?
Gamat Asli baik untuk mengatasi anemia, meningkatkan kesihatan usus, mengawalatur kedatangan haid dan meningkatkan kestabilan janin, jadi ia sesuai diambil oleh wanita mengandung. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba Gamat Asli buat kali pertama semasa mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya.
4. Bolehkah pesakit yang telah sembuh daripada kanser mengambil Gamat Asli?
Gamat Asli mengandungi banyak bahan bio-aktif yang dapat membantu dalam menguatkan sistem pertahanan diri, sebagai contoh, muko-polisakarida dapat meningkatkan imuniti tubuh, mengurangkan kesan sampingan selepas rawatan radioterapi dan kemoterapi. Jadi, Gamat Asli adalah suplemen yang baik untuk mereka yang pernah menghidap penyakit kanser.
5. Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil produk ini?
Gamat Asli membantu dalam melebarkan pembuluh darah, memastikan kekenyalan salur darah yang sihat dan mengurangkan kepekatan darah. Selain itu, ia juga menyekat pembekuan darah, jadi ia baik untuk mengawal paras tekanan darah. Mengurangkan pengambilan garam dan bersenam secara teratur akan meningkatkan keberkesanannya.
6. Bolehkah seseorang yang alergi terhadap makanan laut mengambil produk ini?
Biasanya mereka yang mudah alergi, tahap daya ketahanan badan mereka adalah lebih rendah. Kami cadangkan mereka mengambil produk ini dengan dos kecil dahulu bagi membolehkan badan membuat penyesuaian yang diperlukan. Lama-kelamaan, reaksi alergi akan berkurangan.
7. Siapakah yang perlu mengambil Gamat Asli?
Gamat Asli membantu menguatkan badan, melambatkan penuaan, membina semula tenaga dan baik untuk kanser, hipertensi, penyakit kardiovaskular dan sebagainya. Ia sesuai untuk diambil sepanjang masa oleh orang yang lemah, orang yang banyak menggunakan akal, orang berusia, perempuan baru bersalin, orang yang baru menjalani operasi, golongan sub-sihat dan lain-lain.
9. Adakah produk ini berbau hanyir?
Tidak, ini disebabkan produk ini telah ditambahkan dengan rasa buah kundur dan ianya sesuai diambil oleh seisi keluarga.
10. Mengapakah tekstur atau kepekatan Gamat Asli kadang-kala kelihatan sedikit cair?
Kepekatan produk Gamat Asli agak berbeza disebabkan oleh perubahan musim yang akan mempengaruhi Gamat Emas, iaitu ramuan utama dalam produk ini. Oleh kerana ramuan ini adalah bahan semulajadi dan setiap pengeluaran menggunakan Gamat Emas yang segar, justeru tekstur, kepekatan dan warna akan berubah bergantung kepada musim yang diperolehi. Sebagai contoh, cili yang dipetik pada musim yang berbeza akan tentu berbeza dalam kepedasannya. Begitu juga yang berlaku kepada Gamat Asli. Namun demikian, ia TIDAK akan sama sekali mempengaruhi keberkesanan produk dan kami sentiasa memastikan ramuan-ramuan yang digunakan adalah mengikuti piawaian yang ketat dari masa ke semasa.11. Kenapa tesktur dan rasa Gamat Asli tidak konsisten?
Tesktur dan rasa Gamat Asli akan berubah bergantung kepada persekitaran kehidupan dan cuaca. Gamat Asli hidup di dalam laut. Perubahan cuaca akan mempengaruhi persekitaran marin, seterusnya mengakibatkan perubahan Gamat Asli dari segi tekstur dan rasa. Gamat Asli adalah 100% estrak semulajadi tanpa pernambahan perwarna dan perasa.GAMAT ASLI - Pengenalan
https://youtu.be/HN49llguEsA?list=PLGAlVSRNDBjf87V9gzkHmRssEEmP0X0Md
TOPIK US FOX NEWS:'Keajaiban' Gamat Digunakan Untuk Merawat Kanser
https://youtu.be/HN49llguEsA?list=PLGAlVSRNDBjf87V9gzkHmRssEEmP0X0Md