Cryobac 193
Probiotik adalah PENGAWAL kecil untuk kesihatan yang wujud secara semulajadi di dalam badan manusia! Tekanan hidup, penyalahgunaan ubat, antibiotik, kurang senaman, pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum arak akan menjejaskan keseimbangan flora usus manusia! Akibatnya, bilangan bakteria berbahaya menjadi berlebihan dan menyebabkan toksin akan mula terkumpul. Keadaan ini akan menimbulkan pelbagai penyakit seperti obesiti, masalah pencernaan, sembelit, cirit-birit, radang usus dan juga kanser! Oleh itu, kita amat memerlukan pengambilan probiotik yang mencukupi.
1 | - Satu-satunya formula yang menggunakan teknologi dari Eropah, Cryo-Bac Pro-active! |
9 | - 9 strain bakteria yang berasal daripada manusia |
3 | - 3 zon yang penting (Perut; Usus Kecil; Usus Besar) |
- Mengekalkan keseimbangan flora usus
- Mengurangkan ketidakselesaan gastro-usus dan sembelit
- Mencegah Jangkitan Candida dan menjaga kesihatan pembiakan
- Mencegah pembiakan bakteria berbahaya
- Menguatkan sistem imun
- Membantu dalam penghadaman dan penyerapan nutrien
Kenapa pilih CryoBac 193?
- Formula Baru penjagaan usus – Dirumuskan dengan Probiotik dan Prebiotik!
- Dipilih khas daripada kolostrum manusia, Probiotik yang paling sesuai untuk badan!
- Penambahan bilangan – 5 Bilion CFU pro-aktif probiotik!
- Kestabilan Terbukti – Tahan asid gastrik, jus hempedu, suhu tinggi!
- Penambahan prebiotik, merangsang pertumbuhan probiotik di dalam usus!
- Mempertingkatkan dengan serat makanan, merangsang pergerakan usus!
- 100% semulajadi, selamat dan berkesan!
Probiotik, Pektin, Inulin, Polisakarida, Serbuk Saderi, Serbuk Barli, Fruktooligosakarida (FOS), Serbuk Jus Aloe Vera, Serbuk Jus Lemon
(2g x 30 pek)
Ambil 1 pek sehari, campurkan ke dalam air suam atau jus dan minum. Dicadangkan ambil sebelum makan.
1. Apakah CryoBac 193?
CryoBac 193 adalah penambahbaikan formulasi penjagaan kolon dengan menggabungkan probiotik dan prebiotik untuk menghasilkan kesan yang sinergistik dalam “Mengembalikan-Memulihkan-Membekalkan” nutrisi kepada sistem penghadaman untuk melindungi badan daripada bakteria jahat dan patogen! Jelas sekali CryoBac 193 adalah salah satu produk yang paling lengkap dalam segmen probiotik dan merupakan cara terbaik untuk menjaga usus dan kesihatan secara menyeluruh!2. Apakah perbezaan antara probiotik dan prebiotik?
Kebanyakan orang tidak dapat membezakan probiotik dan prebiotik kerana perkataan yang agak sama. Sebenarnya, kedua-duanya adalah berbeza. Probiotik adalah jenis bakteria baik untuk badan manusia dimana ia akan mengekalkan keseimbangan flora usus dan menjamin sistem gastrousus yang sihat. Prebiotik pula adalah makanan probiotik dimana ia akan meningkatkan keaktifan probiotik dan membantu pertumbuhan probiotik. Probiotik adalah bakteria baik dalam usus badan. Ia menjamin proses metabolisma yang baik dan menghasilkan zat-zat yang tidak boleh dihasilkan oleh badan sendiri seperti vitamin K. Kekurangan probiotik dalam badan akan melemahkan sistem imun badan yang boleh menyebabkan risiko pelbagai penyakit. Jadi, kesihatan badan menjadi optimum jika tahap probiotik dalam badan adalah tinggi. Probiotik seperti Lactobacillus, Bifidus, Saccharomyces Boulardii dan lain-lain mampu menyekat pembiakan bakteria jahat dan meningkatkan daya ketahanan badan.3. Mengapakah kita memerlukan probiotik?
Masyarakat kini sangat kompetitif. Tambahan pula, alam sekitar yang penuh dengan pencemaran, cara pemakanan yang tidak sihat termasuk pengambilan daging berlebihan, makanan berlemak tinggi, kekurangan serat, makanan berproses, penyalahgunaan antibiotik dan lain-lain. Akibatnya, keseimbangan flora usus terjejas dan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Jadi, kita harus mengambil berat terhadap suplemen probiotik.4. Apakah bentuk terbaik probiotik di pasaran? Cecair atau pepejal? Serbuk atau kapsul?
Secara umum, jangka hayat produk probiotik cecair hanya dua minggu dan ia harus disimpan di dalam peti sejuk. Selain itu, jumlah probiotik akan berkurangan seiring dengan masa. CryoBac 193 adalah dalam bentuk serbuk dengan menggunakan teknologi Eropah yang telah dipatenkan iaitu Cryo-Bac Pro-active. CryoBac 193 terbukti secara klinikal bahawa ia boleh disimpan dengan lebih lama, lebih stabil justeru dapat memelihara keaktifan probiotiknya.5. Apakah keistimewaan CryoBac 193?
Kebanyakan produk probiotik di pasaran tidak mampu memelihara keaktifan probiotik semasa melalui sistem penghadaman. CryoBac 193 diproses menggunakan teknologi terbaru dari Eropah yang telah dipatenkan, iaitu Cryo-Bac Pro-active. Teknologi ini memelihara probiotik daripada serangan asid gastrik dan jus hempedu dalam sistem pencernaan badan. Selain itu, jenis strain probiotik yang digunakan adalah menyerupai probiotik dalam susu ibu. Oleh itu, ia mempunyai keserasian yang baik dalam badan kita. Teknologi ini memastikan jumlah dan strain probiotik yang sesuai dihantar pada tempat yang sesuai.6. Berapakah jumlah strain probiotik yang terdapat dalam CryoBac 193 dan apakah kelebihannya?
Terdapat 9 strain probiotik dalam produk ini. Semuanya adalah jenis probiotik utama dalam susu ibu. Oleh yang demikian, ia mempunyai keserasian terbaik dalam tubuh manusia dan formula ini memastikan kesan yang optimum.7. Mengapakah CFU bagi produk-produk probiotik lain di pasaran adalah lebih tinggi berbanding dengan CryoBac 193? Adakah ini menunjukkan produk-produk lain adalah lebih baik?
CFU (Unit pembentukan Koloni) ialah unit untuk mengira bilangan sel-sel bakteria yang hidup. Sebenarnya, CFU (Colony Forming Unit) bukanlah salah satu faktor pemilihan produk probiotik yang utama. Yang penting sekali, adalah teknologi penghantaran yang diaplikasikan dalam produk. Teknologi yang digunakan dalam pemprosesan CryoBac 193 dapat melindungi keaktifan probiotik dan memastikan probiotik dihantar ke saluran usus dengan selamat. CFU yang tinggi adalah tidak bermakna jika keaktifan probiotik terjejas sebelum ianya dapat sampai ke usus. Selain itu, 9 strain probiotik daripada manusia adalah penting untuk keperluan tubuh manusia. Teknologi Cryo-Bac Pro-aktif dapat memastikan penyerepan oleh badan, bioaktiviti probiotik tidak berubah dan akan efektif di tempat yang sesuai.8. Adakah saya perlu mengambil CryoBac 193 setiap hari ataupun hanya mengambil setiap selang sehari?
Anda boleh mengambil CryoBac 193 setiap selang sehari jika anda dapat menjaga diet harian yang sihat terutamanya serat yang mencukupi. Jika tidak, anda harus mengambil sekurang-kurangnya 1 pek setiap hari.9. Berapa lamakah saya dapat melihat keberkesanan produk ini?
Hal ini berbeza antara individu. Secara umumnya, kesan dapat dilihat dalam lingkungan 3-5 hari selepas seseorang mengambil produk ini, terutamanya pada peningkatan kekerapan membuang air besar dan perubahan konsistensi najis. Namun demikian, masa yang lebih panjang diperlukan untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan.10. Apakah reaksi-reaksi badan yang mungkin timbul selepas mengambil CryoBac 193?
Hal ini berbeza antara individu. Biasanya pembuangan air besar akan menjadi lebih lancar dan warna najis biasanya menjadi sedikit kekuningan. Bagi mereka yang sering mengalami masalah sembelit, warna najis adalah lebih gelap.11. Siapakah memerlukan suplemen probiotik?
Individu berbadan lemah: orang tua, kanak-kanak dan wanita. Individu yang memerlukan pengambilan segera: orang yang mengambil antibiotik, merokok dan minum alkohol, sembelit, bekerja pejabat, sering menggunakan komputer, penyakit seperti kardiovaskular dan hati, selepas menjalani kemoterapi dan sebagainya.12. Bolehkah pesakit kanser mengambil CryoBac 193?
Semasa menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan probiotik adalah kurang berkesan kerana badan pesakit dalam keadaan lemah dan rawatan tersebut akan turut memusnahkan probiotik dalam badan. Jadi, CryoBac 193 sesuai diambil oleh pesakit kanser selepas rawatan untuk meningkatkan sistem imun dan membantu badan pulih dengan lebih cepat.Pengenalan video Cryobac 193
https://youtu.be/yxOrsXIg8WE?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf
CRYOBAC 193 teknologi PRO-ACTIVE
https://youtu.be/-Mp2-4UVjvI?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf
Cryobac 193 Kombinasi probiotik
https://youtu.be/2ojTThMv3J8?list=PLGAlVSRNDBjcHAoVZRDSLA0XKvIrl7Qxf