Polisi & Prosedur

Pengenalan

  1. Anda mesti membaca berhati-hati dan memahami polisi dan prosedur syarikat Al-Insaan sebelum anda menyertai syarikat ini untuk tujuan membina perniagaan jualan langsung berbilang tingkat.
  2. Anda dikehendaki mematuhi kesemua prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh syarikat seperti yang terkandung dalam [Polisi dan Prosedur], [Borang Pemohonan dan Perjanjian Pengedar], [Borang Pemohonan dan Perjanjian Penaja], [Sistem Insentif Syarikat].
  3. Pihak pengurusan berhak untuk mengubah atau memadam sebarang prinsip atau harga. Walau bagaimanapun, pihak syarikat akan memberitahu para pengedar sebelum perubahan atau pemadaman dilaksanakan.

Objektif

  1. Untuk memastikan operasi perniagaan dan perkembangannya berjalan dengan lancar
  2. Untuk membantu para pengedar membina perniagaan yang mantap

1.0 Pemohonan Untuk Menjadi Seorang Pengedar Dan Penaja

1.1 Pengedar

1.1.1 Kelayakan Asas:

  1. Seseorang mesti berumur 18 tahun dan ke atasnya.
  2. Seseorang itu mesti disyorkan oleh seorang penaja yang telah menjadi pengedar syarikat.
  3. Seseorang itu bukanlah merupakan kakitangan kekal syarikat Al-Insaan.
  4. Seseorang itu mesti menyerahkan Borang Pemohonan Pengedar bersama dengan yuran penyertaanyang ditetapkan.
  5. Seseorang itu dianggap sebagai seorang pengedar secara rasminya selepas pemohonannya diluluskan dansatu kod ID diberikan untuknya.
  6. Syarikat berhak menerima atau menolak mana-mana permohonan pengedar dengan sebarang alasan.

1.1.2 Kebaikan dan Faedah:

  1. Membeli produk dengan harga pengedar.
  2. Menikmati keuntungan runcit melalui penjualan produk.
  3. Menikmati bonus dan komisen mengikut Pelan Pemasaran Syarikat.
  4. Menaja downline dan membina rangkaian peribadi.
  5. Mendapatkan sokongan dan kemudahan daripada pihak syarikat seperti latihan-latihan, mesyuarat OPP dan sebagainya.

1.1.3 Penyerahan Hak Keahlian:

  1. Seseorang pengedar mesti menyerah balik atau menamatkan keahliannya dengan memberi notis secara bertulis kepada pihak syarikat.
  2. Jika seseorang pengedar menyerah balik keahliannya, dia tidak dibenarkan memohon semula sebagai pengedar baru dalam tempoh 6 bulan daripada notis penamatannya yang diterima oleh pihak syarikat.
  3. Jika seseorang pengedar tidak membeli atau mengekalkan sekurang-kurangnya 100BV untuk tempoh masa selama 12 bulan, akaun keahliannya akan diisytiharkan tidak lagi aktif dan operasi.

1.1.4 Warisan:

  1. Pemilikan hak pengedar akan dipindahkan kepada benefisiarinya sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Pengedar selepas seseorang pengedar meninggal dunia.
  2. Bukti sah pengenalan benefisiari mesti dibekalkan kepada pihak syarikat.

1.2 Penaja:

1.2.1 Kelayakan Asas

  1. Penaja mestilah merupakan seorang pengedar sedia ada yang memenuhi semua kelayakan asas yang ditetapkan oleh syarikat.
  2. Penaja mestilah mendapatkan kelulusan daripada pengedar baru tersebut kerana mereka berhak untuk memilih penajanya sendiri.
  3. Penaja bertanggungjawab membantu, melatih, membangun dan mengawas ahli-ahli yang ditaja olehnya.

1.2.2 Kebaikan dan Faedah:

  1. Mendapat insentif bonus dan komisen yang lumayan.
  2. Menaja downline dan membina rangkaian peribadi.

1.2.3 Pertukaran Penaja:

  1. Pertukaran penaja adalah tidak dibenarkan. Seseorang pengedar hanya dibenarkan memilih penaja semula selepas dia menamatkan keahlian dengan syarikat.
  2. Pemohonan untuk menukar penaja atau memindah sebahagian atau kesemua kumpulan peribadi pengedar adalah tidak dibenarkan.

1.3 Tanggungjawab Sebagai Seorang Pengedar Dan Penaja:

  1. Mesti mematuhi Polisi dan Prosedur syarikat.
  2. Mesti memberitahu pihak syarikat jika terdapat sebarang perubahan untuk maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon.
  3. Mesti melindungi dan meningkatkan reputasi dan produk syarikat.
  4. Mesti memberi data dan informasi yang betul semasa mempromosikan produk syarikat.
  5. Mesti menguasai informasi latar belakang syarikat, produk dan juga pelan pemasaran syarikat.
  6. Mesti menanggung segala kos dan perbelanjaan yang timbul daripada pengendalian perniagaan.
  7. Mesti membeli Kit Perniagaan Pengedar dan bahan bantuan lain-lain seperti CDs, brosur dan buku.
  8. Mesti menghadiri semua mesyuarat OPP syarikat dan latihan-latihan lain yang dianjurkan oleh syarikat dengan pemakaian yang sesuai.
  9. Mesti menjaga, membantu dan mengawas downline atau pelanggan sendiri.

2.0 Urusan Perniagaan Jualan Langsung Berbilang Tingkat Al-Insaan

2.1 Dasar Kewajipan Untuk Pengurusan

2.1.1 Konflik Kepentingan:

  1. Pengedar tidak dibenarkan mempromosikan produk atau servis syarikat lain-lain semasa dia sedang menjual produk syarikat.
  2. Pengedar tidak dibenarkan mempromosikan produk atau servis syarikat lain-lain semasa dia sedang menghadiri mesyuarat OPP dan aktiviti lain-lain.
  3. Pengedar tidak dibenarkan menyertai atau mengesyorkan pengedar lain menyertai syarikat-syarikat rangkaian pemasaran yang lain atau perniagaan yang serupa dengannya.
  4. Tiada seorang pengedar pun dibenarkan menjalankan perniagaannya di sesuatu tempat secara eksklusif.
  5. Syarikat berhak untuk melucutkan keahlian seseorang pengedar jika mendapati mereka melakukan sesuatu perkara yang membahayakan faedah syarikat serta pengedar lain.

2.1.2 "Merebut Line":

  1. "Merebut Line": menaja pengedar yang sedia ada dan letakkan mereka di bawah nama penaja yang berlainan.
  2. Syarikat berhak mengenakan hukuman disiplin ke atas mereka yang didapati cuba merebut line.

2.1.3 Inventori Tertimbun, Simpanan Stok Dan Lembakan Produk:

  1. Syarikat dengan tegasnya melarang inventori produk dalam jumlah besar yang tidak munasabah dan semata-mata untuk memenuhi kelayakan bonus atau kemajuan kedudukan menurut rancangan pemasaran.
  2. Pengedar mesti menjual dan mengedar produk mengikut harga yang telah ditetapkan oleh syarikat.Potongan harga adalah dilarang.

2.1.4 Cakap Buruk:

  1. Syarikat membenarkan sebarang informasi, nasihat dan komen yang konstruktif daripada pengedar.
  2. Syarikat dengan tegasnya melarang sebarang fitnah terhadap reputasi syarikat, produk dan juga pengedar lain.

2.1.5 Deal with a dispute between distributors:

  1. Untuk pertikaian antara pengedar atau pelanggaran polisi oleh seseorang pengedar, satu laporan yang detail dan bukti yang sah mesti diserahkan kepada pihak syarikat untuk tujuan penyiasatan yang lebih lanjut. Tiada seorang pengedar pun dibenarkan mengambil tindakan sendiri.
  2. Pengedar boleh membuat rayuan secara bertulis jika rasa tidak berpuas hati dan dia tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.

2.1.6 Penggunaan Tanda Niaga, Tanda Nama Dan Bahan Hak Cipta:

  1. Mana-mana pengedar yang ingin menggunakan nama, tanda niaga atau bahan hak cipta syarikat mesti mendapatkan kebenaran daripada syarikat terlebih dahulu.
  2. Mana-mana pengedar yang ingin mencetak alat bantuan jualan peribadi mesti mendapatkan kebenaran daripada syarikat terlebih dahulu.
  3. Semua rakaman video dan rakaman suara adalah dilarang sama sekali kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada syarikat.

2.2 Jualan, Bonus Dan Lain-lain:

  1. Bonus harian dan komisen akan diberikan kepada pengedar mengikut pelan pemasaran syarikat.
  2. Pengedar berhak memilih untuk mengumpulkan BV atau menggunakannya untuk membeli produk.
  3. Pengedar mesti memberitahu syarikat jika terdapat sebarang kesalahan dalam penyata bonus dalam tempoh 1 bulan.
  4. Nilai yang tertera dalam sistem (e-cash, e-point atau bonus) adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dimana 1 e-cash = RM1 dan 1 e-point = RM1.
  5. Fi perkhidmatan minima akan dicaj bagi setiap transaksi pengeluaran bonus dan ahli perlu menyerahkan maklumat perbankan mereka kepada Syarikat.
  6. Syarikat akan mengikuti kadar penukaran wang asing yang ditetapkan untuk e-cash, e-point atau pengeluaran bonus. Namun, Syarikat berhak membuat penyelarasan kadar tersebut dari semasa ke semasa.
  7. Pemindahan e-cash di antara ahli negara asing adalah tidak dibenarkan. Cuma “direct line” dalam negara yang sama dibenarkan melakukan pemindahan e-cash.

2.3 Cukai Pendapatan:

  1. Syarikat akan mengikut semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak pencukaian dan menyerah semua dokumen pendapatan tahunan pengedar kepada pihak berkuasa.
  2. Pengedar akan menanggung cukai pendapatan mereka sendiri.

2.4 Penjualan Hak Keahlian:

  1. Pengedar hendaklah memohon persetujuan syarikat secara bertulis sebelum sebarang penjualan dapat dijalankan. Persetujuan syarikat adalah berdasarkan pertimbangan ke atas kelayakan pembeli yang dicadangkan, niat dan kebolehan pengurusan dan ia adalah tertakluk kepada keizinan dan kebenaran syarikat.
  2. Penjualan hak keahlian akan diuruskan melalui pengaturan seperti berikut:
    • Keutamaan Pertama: Penaja terdekat pengedar
    • Keutamaan Kedua: Mana-mana pengedar atasan
    • Keutamaan Ketiga: Mana-mana pengedar bawahan yang ditaja oleh pengedar
  3. Setelah syarikat mengesahkan penjualan tersebut, pihak pembeli dan penjual mesti menandatangani satu perjanjian jual beli. Satu salinan perjanjian jual beli yang telah disah kebenarannya mesti diberi kepada syarikat untuk simpanan.
  4. Mana-mana pengedar yang telah menjual hak keahlian mereka hanya boleh memohon untuk menjadi pengedar baru selepas 6 bulan dari tarikh penjualan atau pemindahan. Mereka akan bermula dari peringkat permulaan sebagai seorang pengedar yang baru.
  5. Semua bonus yang belum diterima oleh pengedar akan dibayar kepada pemilik baru.
  6. Syarikat berhak menolak sebarang penjualan atau pemindahan keahlian tanpa perlu memberi sebarang penjelasan.

2.5 Pembelian Produk:

  1. Semua produk boleh dibeli terus daripada syarikat, pengedar dan mana-mana stokis bergerak.
  2. Pengedar tidak boleh membuat tempahannya dengan menggunakan nama pengedar yang lain.
  3. Pemindahan BV atau RV tidak dibenarkan sama sekali di antara ahli (kecuali Stokis Bergerak, bagi tujuan maintenance, pendaftaran dan penaikan gred sahaja).
  4. Hak milik produk hanya akan dipindah kepada pelanggan setelah syarikat menerima bayaran penuh dan pesanan pelanggan (wang pos, wang tunai, kad kredit, e-wallet).
  5. Bagi kesemua servis pengiriman, kos tambahan akan dikira mengikut bayaran pengiriman dan pengendalian yang telah ditetapkan oleh syarikat.

2.6 Jaminan Produk:

2.6.1 Pelanggan Runcit:

  1. Tidak kira atas apa sebab, jika seorang pelanggan tidak rasa puas hati terhadap produk yang dibeli oleh mereka,produk itu mesti dikembalikan kepada pengedar yang menjualnya bersama dengan bukti pembelian/resit jualan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian produk tersebut. Ia dihadkan untuk maksimum RM500 bagi tempoh 6 bulan.
  2. Pengedar mesti
    • Menawarkan pertukaran untuk produk yang sama
    • Menawarkan kredit penuh terhadap pembelian produk atau produk-produk yang lain
  3. Sebab pengembalian produk hendaklah dicatat dengan jelasnya di belakang resit jualan.
  4. Jaminan pengembalian wang tidak meliputi produk-produk yang sengaja dirosak atau disalahgunakan.
  5. Bayaran pengurusan sebanyak 5% dan penolakan BV produk akan dikenakan ke atas produk yang dikembalikan terus kepada syarikat dengan resit pembelian asal sebagai bukti.

2.6.2 Pengedar:

  1. Apabila membuat pembelian produk Insaan, setiap pengedar mesti mengesahkan bahawa mereka menerima pesanan daripada pelanggan dan/atau telah membekal sekurang-kurang 70% daripada produk syarikat yang mereka beli sebelum ini.
  2. Bagi mereka yang memenuhi peraturan 2.62a, semua produk yang dikembalikan mesti berada dalam keadaan yang boleh dijual semula dengan tarikh luput yang tidak kurang daripada 6 bulan dan disertakan dengan resit pembelian.
  3. Jika seseorang pengedar marayu supaya pembayaran wang balik untuk produk yang tidak dijual dan masih boleh dijual semula, permintaan ini menunjukkan pengedar tersebut berniat menamatkan hak keahliannya dengan syarikat. Dengan ini, syarikat akan menerima produk ini berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan dan membuat pembayaran penuh berasaskan harga pengedar, setelah ditolak semua bonus dan insentif yang telah dibayar kepada pengedar yang menamatkan keahliannya di samping caj bayaran pengurusan sebanyak 5%.

2.7 Jaminan Produk:

  1. Ahli perlu faham bahawa harga produk mungkin berbeza di antara negara disebabkan pengaruh ekonomi seperti cukai, caj pengangkutan dan duti import.
  2. Ahli cuma perlu membuat pendaftaran ahli sekali dalam seumur hidup.
    Contoh: Ahli Malaysia yang sedia ada tidak perlu mendaftar sebagai ahli baru di Singapura dan sebaliknya
  3. Ahli boleh membuat penajaan antarabangsa di negara yang diizinkan oleh Syarikat, namun demikian Syarikat tidak akan membuat sebarang pemesanan atau penghantaran produk di antara negara.

2.8 Stokis Bergerak:

2.8.1 Syarat kelayakan sebagai Stokis Bergerak:

  1. Mendaftar sebagai Ahli Insaan dan sekurang-kurangnya layak sebagai Ahli Platinum.
  2. Mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan computer.
  3. Mandatori dalam menyertai Kursus yang dianjurkan oleh Syarikat (RTS dan Kursus Stokis Bergerak).
  4. Perlu membeli Pakej Stokis Bergerak.
  5. Perlu melakukan transaksi penjualan produk sekurang-kurangnya RM500 sebulan, dan Syarikat berhak untuk menamatkan kelayakan jika Stokis Bergerak gagal dalam mencapai target tersebut.

2.8.2 Tanggungjawab Stokis Bergerak:

  1. Memberi perkhidmatan seperti pembelian produk, penghantaran stok dan sebagainya untuk down line mereka.
  2. Tindakan "holding sales" tidak dibenarkan sama sekali.
  3. Pemindahan e-point atau sebarang aktiviti jualan di antara Stokis Bergerak tidak dibenarkan sama sekali.

2.8.3 Regulasi Antarabangsa:

  1. Keahlian bagi sesebuah negara terhad untuk memohon sebagai Stokis Bergerak bagi negara tersebut sahaja.
    Contoh 1: Ahli Malaysia hanya boleh menjadi Stokis Bergerak Malaysia.
    Contoh 2: Ahli Singapura hanya boleh menjadi Stokis Bergerak Singapura.
  2. Transaksi antarabangsa tidak dibenarkan di mana Stokis Bergerak cuma boleh membuat pesanan / pembelian produk atau sebarang transaksi jualan dalam negara tersebut sahaja.
    Contoh: Stokis Bergerak Malaysia membuat pesanan produk untuk Ahli Malaysia dan terhad kepada penghantaran tempatan bagi produk yang dipesan dan sebaliknya.